Sunday, December 13, 2009

(Panas) Saham Aziz M Osman tiada tolok bandingan


Aziz M Osman, pengarah tersohor di Malaysia baru-baru ni mengundang kontroversi apabila bergandingan bersama seorang wanita di Majlis Anugerah Skrin 2009(ASK09) baru-baru ini. Ada desas desus mengatakan yang wanita tu kekasih baru Aziz M Osman? Sejauh manakah kebenaran itu tak dapat Oh! Artis pastikan.
Apapun, sedikit maklumat mengenai gadis itu. Namanya sungguh indah iaitu Puteri Lily Lokman dan merupakan seorang pelakon didikkan Aziz dan juga seorang model separuh masa.

Berita Baik Buat Wanita Di Luar Sana : Hans Ingin Calon Untuk Berkahwin

Hans Isaac, pelakon lelaki kacak ini sudah menyatakan kepada media bahawa dirinya belum berpunya, berharap agar dapat bertemu jodoh dengan wanita pilihan, seboleh-bolehnya sekitar pertengahan tahun depan.

Namun ada syarat’nya. Hans Isaac berkata dia sudah serik untuk berkawan tanpa arah, dan sekarang diri’nya akan memilih seorang teman hidup yang sesuai dan terus berkahwin.

Mengenai ciri-ciri wanita idamannya pula, Hans Isaac tidak meletakkan syarat yang tinggi buat bakal pasangan hidupnya. Apa yang penting, wanita pilihannya harus ikhlas dan jujur, bukan sahaja kepada dirinya, malah kepada orang lain juga. Tapi apakan daya, ramai orang yang beranggapan bahawa Hans Isaac ialah seorang playboy, terutama apabila dia dilengkapi rupa paras yang kacak. Lantas ramai wanita berasa takut untuk mendekati dirinya.

Hans Isaac membalas, sebenarnya gosip sedemikian tiada benarnya, tetapi dia sudah penat atau lali dengan gosip-gosip liar sebegitu. Maka mendiamkan diri adalah lebih baik daripada memberikan respon.

Impiannya, jika dia menemui wanita yang bersesuaian dan memahaminya, insan itulah yang akan disunting menjadi permaisuri hidup.